Assalamualaikum :D
Dan sebenarnya hidup ini adil. Kalau kita tidak merasai keperitan mana mungkin kita bisa setabah sekarang, langit tidak akan selalu mendung, setiap kebahagiaan perlukan pengorbanan. Pabila hati merundum sedih, meronta ingin dibebaskan dari segala badai dugaan, ingatlah, Allah menguji hamba-Nya kerana Dia tahu, kita mampu melaluinya. Jikalau hidup penuh dengan senyum tawa tanpa tangisan, tidak mungkin kita merasai nikmat kehidupan. Percayalah, hidup di dunia hanya sementara, setiap manusia yang hadir dalam diri kita umpama satu destinasi persinggahan. Tidak akan kekal, tidak pernah kekal. Masa yang membezakannya, ada yang singgah lama, dan ada juga yang hanya untuk seketika sahaja. Kehidupan ini indah sebenarnya, cukuplah menyesali apa yang sudah terjadi, lebih baik kita bersedia untuk sesuatu yang bakal kita hadapi.
Wahai kawan, jika kita mula rasa tidak yakin, kita mula rasa ingin putus asa untuk meneruskan perjalanan yang kita sendiri tidak tahu bila akhirnya ini, ingatlah jika sesuatu yang berlaku lima tahun lepas tidak pernah dilalui dalam kamus hidup kita, mungkinkah kita masih bisa kuat untuk berdiri hari ini ? Renungkanlah.
Wednesday, 2 November 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)
